Friday, March 29, 2013

Silau? Tidak lagi...

Assalamualaikum. Kepada yang tidak mengenali saya secara peribadi; ini hanyalah sekadar perkongsian sebahagian dari perjalanan hidup saya.
Kepada anak cucu cicit Generasi Tuan Hj. Sa'aud & Pn. Hjh Halimah; Mak Njang / Tok Njang dah tak silau lagi!!!
Kalau semasa gathering keluarga Generasi Tok Wan 'Ud (28 Okt 2012) punya la susah nak cari gambar Mak Njang outdoor dan tersenyum. Kalau semasa gathering tu ada acara padang, sememangnya Mak Njang akan menjadi penyumbang kepada kekalahan keluarga Mak Njang. Tapi selepas ni kalau diadakan lagi perjumpaan sebegitu, Mak Njang akan 'bergembira' dengan anak cucu semua kat tengah panas tu. 
Bak kata pepatah ada hikmah di sebalik sesuatu tu kan? Selepas perjumpaan keluarga tersebut Mak Njang mula mengenali anak sepupu Mak Njang sendiri - Zainuddin Zakaria anak kepada Kak Aishah & Abg Ya; cucu Mak Ndak Timah. Dan dari situ juga Mak Njang mula mengintai wafer @ biskut @ roti azan yang dijualnya.
Alhamdulillah, selepas nekad nak cuba produk keluaran Generasi Tok Wan 'Ud yang satu ni.... memang Mak Njang kata SUPERB!!! Mak Njang berkenan bukan sebab namanya Slimming Wafer. Mula terpikat bila dapat tahu yang tugas pertamanya adalah untuk membersih usus besar kita. Mak Njang ni memang terkenal dengan makan banyak. Tapi sendiri mau ingat; sekali masuk 5 pinggan, yang keluar belum tentu cukup 1 pinggan sehari. Mana pi lagi 4 tu? Ok I said to myself. Lepas minta green light Pak Njang dia, I am in with 4 boxes of Slimming Wafer.
Walaupun sehingga sekarang (5 kotak) cuma turun 4kg max selepas 'pelaburan' yang begitu memberansangkan ;-) ; Mak Njang amat berpuas hati sebab entah macam mana pening dan silau sebab tak tahan dek panahan matahari yang terik dah berkurangan. Alhamdulillah Syukur kepada Allah SWT. Sekarang kalau ke sekolah untuk menjemput dan menghantar anak-anak dah tak perlu mengenakan kaca mata hitam yang besar tu lagi. Bila ke sekolah untuk menjemput anak pulang dari bersukan; selalunya Mak Njang akan hanya tunggu di dalam kereta sahaja. Sekarang dah berani turun ke padang untuk melihat Along menghabiskan latihan bola jaringnya....semestinya tanpa kaca mata hitam.
Alhamdulillah; I am blessed!!!

No comments:

Post a Comment